Monday 11 March 2013

HILWAN di Berita Harian Sempena Puisi Riong

Pada 22 Feb 2013 baru-baru ini, HILWAN telah membuat persembahan nasyid sempena Malam Puisi Riong anjuran Berita Harian. Majlis ini turut menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Najwa Latif dan Yasin.

Acara ini bertemakan Suaramu Sebulat Hatiku itu bukan sahaja menyaksikan pembabitan penyair tanah air, bahkan menampilkan persembahan istimewa pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.

Disamping itu, majlis ini diisi dengan puisi-puisi berkonsep doa dan gimik-gimik yang menarik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan puisi-puisi dan persembahan yang berbentuk islamik yang membawa mesej keinsafan kepada masyarakat supaya tidak alpa dalam menjalani kehidupan yang penuh berliku.

Tetamu jemputan acara apresiasi puisi itu turut membacakan puisi, iaitu Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Program ini adalah merupakan program tahunan Berita Harian. Menurut laporan Berita Harian, lebih 1000 orang penonton menghadiri acara pada malam tersebut.