HILWAN EVENT MANAGEMENT

Hilwan Event Management menawarkan perkhidmatan pengurusan program, acara, dan majlis seperti konsert, program motivasi, khidmat fasilitator, forum, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Antara program-program yang telah diuruskan oleh Hilwan Event Management:




 Baru-baru ini, Hilwan Event Management telah menguruskan Forum Amal Sayonara Jahiliah telah diadakan di Dewan Besar Nik Mohd Mohyidin Musa pada 2 Mac 2013. Program ini dianjurkan oleh Batch PISMP Semester 1 2013 di bawah JPIM IPG Kampus Pendidikan Islam. Forum ini menampilkan selebriti terkenal TV Al-Hijrah iaitu Amin Idris, Ustaz Don, Hilal Asyraf dan Diana Amir. TV Al-Hijrah juga menjadi penyiar rasmi forum pada malam ini. Kumpulan Nasyid HILWAN turut membuat persembahan pembukaan pada malam tersebut. Lebih 2000 orang penonton hadir pada malam ini. Turut dijemput pelajar-pelajar IPT dari seluruh malaysia. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan insyaallah jika diberikan keizinan, kami akan meneruskan forum untuk sesi yang kedua.


    
 Konsert Terbuka Amal Tautan Mahabbah (KONTEM 12)


Konsert ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin disamping memupuk nilai-nilai islamik dalam jiwa masyarakat khususnya golongan belia. Alhamdulillah, ramai yang hadir bagi memeriahkan konsert ini. Turut hadir, pelajar-pelajar dari IPT sekitar seperti UKM, UPM, GMI, UIA, UPM, dan banyak lagi.


     

Motivasi Kecemerlangan Bersama Fadzli UNIC-Pengacara TV Al-Hijrah


Satu program yang diuruskan oleh Hilwan Event Management dan telah berlangsung di Kelantan bersama Maahad Muhammadi Lelaki. Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang bakal menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Antara sekolah-sekolah yang turut serta, mejoritinya adalah pelajar dari Yayasan Islam Kelantan seperti Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Pengajian Islam dan banyak lagi.




     Konsert Amal Sinar Perjuangan Palestin ( SINERGI 13 )



Konsert yang dianjurkan oleh Cakna Palestin Kelantan dan Hilwan Event Management sebagai pengurus acara. Konsert ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada rakyat di Palestin. 2000 orang memenuhi dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) baru-baru ini. Terdapat pengisian-pengisian yang menarik selain nasyid seperti Pentomen, sajak, ikrar dan puisidra.



Program SUPER STUDENT SEMINAR


Program SUPER STUDENT SEMINAR adalah merupakan program anjuran bersama antara HILWAN Event Management, Soul Power dan Amin Idris Training Consultants. Program ini juga adalah merupakan program pertama HILWAN Event Management bergabung dengan syarikat-syarikat motivasi dalam satu program. Program ini juga dikenali sebagai program Triple S.

Program ini telah diadakan di Dewan Besar Universiti Sains Malaysia (USM) di kelantan. Bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang, Amin Idris dan Fadzli UNIC memberi tip-tip cara belajar efektif yang terbukti kepada para peserta.

Program Super Student Seminar ini menekankan kepada teknik-teknik rahsia pelajar cemerlang dan strategi belajar belajar yang efektif menjelang peperiksaan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Penampilan Istimewa Amin Idris dan Fadzli UNIC memberi kesan yang sangat positif kepada semua peserta khususnya calon yang bakal menghadapi peperiksaan.