Saturday 9 March 2013

Forum Amal Sayonara Jahiliah


 Baru-baru ini, Hilwan Event Management telah menguruskan Forum Amal Sayonara Jahiliah telah diadakan di Dewan Besar Nik Mohd Mohyidin Musa pada 2 Mac 2013. Program ini dianjurkan oleh Batch PISMP Semester 1 2013 di bawah JPIM IPG Kampus Pendidikan Islam. 

Forum ini menampilkan selebriti terkenal TV Al-Hijrah iaitu Amin Idris, Ustaz Don, Hilal Asyraf dan Diana Amir. TV Al-Hijrah juga menjadi penyiar rasmi forum pada malam ini. Kumpulan Nasyid HILWAN turut membuat persembahan pembukaan pada malam tersebut.

Lebih kurang 2000 orang penonton hadir pada malam ini. Turut dijemput pelajar-pelajar IPT dari seluruh malaysia. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan insyaallah jika diberikan keizinan,  forum ini akan diteruskan lagi untuk sesi yang kedua.