Monday 25 March 2013

Program terbaru HILWAN

Program terbaru HILWAN:

HILWAN Nasyeed:
-30/3: persembahan di USM Kelantan
-13/4 pagi: persembahan nasyid sempena motivasi kecemerlangan akademik bersama Fadzli UNIC di IPG KPI
-13/4 mlm: persembahan sempena Majlis Makan Malam Amal di Ulu Langat
-19/4: konsert bersama Najwa Latif di Hotel Grand Riverview Kelantan
-4/5: persembahan sempena Konvensyen Fiqh Siasah
-18/5: Konsert Untukmu Syria di GMI

HILWAN Event Management:
-19-20/4: Kem Pengurusan Jenazah di Port Dickson
-27/4: Kem Smart Solat di Bangi
-4/5: Konvensyen Fiqh Siasah
-18/5: Konsert Untukmu Syria di GMI

HILWAN Audio Station:
Perkhidmatan P.A System...
-13/4: motivasi di IPG KPI
-19/4: Kem pengurusan Jenazah
-27/4: Kem Smart Solat
-4/5: Konvensyen Fiqh Siasah
-18/5: Konsert Untukmu Syria di GMI

Tuesday 19 March 2013

Album Terbaru!!!


Alhamdulillah, kini HILWAN telahpun menerbitkan album pertama "Tak Jemu Menyayangiku"...Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi:

Syahman    : 012 9292250
Wan Zuhari: 0145046085
Faiz           : 0135262529

tambah RM5 daripada harga album untuk proses pos..

Saturday 16 March 2013

bersama Inteam


sempat bergambar bersama abg Amin di studio Inteam untuk rakaman video klip kumpulan Al-Wadi... moga 
Al-Wadi terus maju.... insyaallah pada hari ahad ini akan nasyid berduet bersama Inteam d Shah Alam...
kita jumpa di sana....insyaallah

Thursday 14 March 2013

Alhamdulillah, selesai sudah persembahan Hilwan di Bangunan Kementerian Belia Dan Sukan sempena Wacana Islam Semasa : Mesej Dari Gaza.  Lebih 600 staf dari KBS menghadiri program ini. Pragram ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. 

Alhamdullah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga semua peserta mendapat input yang bermanfaat dan sentiasa mendapat redha daripada Allah S.W.T

Wednesday 13 March 2013

Wacana Islam Semasa: Mesej dari Gaza

Insyaallah pagi esok pada 14 Mac 2013, HILWAN akan membuat persembahan nasyid di Putrajaya sempena Wacana Islam Semasa: Mesej Dari Gaza anjuran Kementerian Belia Dan Sukan. Temui HILWAN di sana...

Monday 11 March 2013

HILWAN di Berita Harian Sempena Puisi Riong

Pada 22 Feb 2013 baru-baru ini, HILWAN telah membuat persembahan nasyid sempena Malam Puisi Riong anjuran Berita Harian. Majlis ini turut menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Najwa Latif dan Yasin.

Acara ini bertemakan Suaramu Sebulat Hatiku itu bukan sahaja menyaksikan pembabitan penyair tanah air, bahkan menampilkan persembahan istimewa pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.

Disamping itu, majlis ini diisi dengan puisi-puisi berkonsep doa dan gimik-gimik yang menarik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan puisi-puisi dan persembahan yang berbentuk islamik yang membawa mesej keinsafan kepada masyarakat supaya tidak alpa dalam menjalani kehidupan yang penuh berliku.

Tetamu jemputan acara apresiasi puisi itu turut membacakan puisi, iaitu Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Program ini adalah merupakan program tahunan Berita Harian. Menurut laporan Berita Harian, lebih 1000 orang penonton menghadiri acara pada malam tersebut.

Saturday 9 March 2013

Forum Amal Sayonara Jahiliah


 Baru-baru ini, Hilwan Event Management telah menguruskan Forum Amal Sayonara Jahiliah telah diadakan di Dewan Besar Nik Mohd Mohyidin Musa pada 2 Mac 2013. Program ini dianjurkan oleh Batch PISMP Semester 1 2013 di bawah JPIM IPG Kampus Pendidikan Islam. 

Forum ini menampilkan selebriti terkenal TV Al-Hijrah iaitu Amin Idris, Ustaz Don, Hilal Asyraf dan Diana Amir. TV Al-Hijrah juga menjadi penyiar rasmi forum pada malam ini. Kumpulan Nasyid HILWAN turut membuat persembahan pembukaan pada malam tersebut.

Lebih kurang 2000 orang penonton hadir pada malam ini. Turut dijemput pelajar-pelajar IPT dari seluruh malaysia. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan insyaallah jika diberikan keizinan,  forum ini akan diteruskan lagi untuk sesi yang kedua.

Friday 8 March 2013

Daurah Sirah Nabawiyyah

Assalamualaikum...Insyaallah pagi esok HILWAN akan menyediakan perkhidamatan P.A System untuk program Daurah Sirah Nabawiyyah besama Dr M. Asri Zainal Abidin (MAZA). Sama-sama kita tingkatkan ilmu. Semoga program berjalan lancar.

Thursday 7 March 2013

HILWAN adalah merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada empat orang ahli kumpulan dan kini bakal menerbitkan album yang pertama "Tak Jemu Menyayangiku" di bawah Neorotic Studio. Kini HILWAN Company terbahagi kepada 3 unit utama iaitu Hilwan Nasyeed, Hilwan Event Management dan Hilwan Audio Station.